JellyPages.com

Tuesday 15 October 2013

PENGERTIAN DAN SIMBOLIK HARI RAYA AIDILADHA

Salam sahabat semua,









ALHAMDULILLAH Hari ini kita di MALAYSIA meraikan "HARI RAYA AIDILADAHA - 10 ZULHIJJAH 1434 bersamaan 15 OCT 2013" dgn suasana yg masih aman dan penuh keberkatan dengan izin ALLAH S.W.T.

Dalam menyambut HARI RAYA AIDILADHA adakah kita peka apa makna sebenar HARI RAYA AIDILADHA ni. Kalau dulu org tanya, sy ckp oh itu sebab nak meraikan org yang gi haji (ni kes dalam kelas pend.islam ketiduran hihihi).

Ok disini saya ingin kongsikan MAKNA sebenar HARI RAYA AIDILADHA (sy google dari WIKIPEDIA infoyer, mana tau nak reka2)


SIMBOLIK @ KEPENTINGAN HARI RAYA AIDILADHA adalah:

"Memperingati peristiwa kesanggupan Nabi Ibrahim A.S utk menyembelih anakya Nabi Ismail A.S sbg simbolik ketaatannya kpd ALLAH S.W.T. dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT. 

Namun ALLAH S.W.T telah mengantikan bahan sembelihannya kpd kambing biri-biri (kibas) dan mengarahkan Nabi Ibrahim menyembelih kibas berkenaan."

AMALAN YG DITUNTUT (kalau buat dapat pahala, kalau tak buat alangkah ruginya)

1) Solat Hari Raya Aidiladha
2) Mengadakan ibadah korban iaitu menyembelih binatang tertentu spt Kambing, lembu atau unta dan memberikan 1/3 daging korban kpd jiran tertanggan, sahabat handai dan sedekahkan 1/3 bahagian daging korban @ lebih kpd org miskin, fakir dan yg memerlukan. (Daging, kulit, tanduk atau apa-apa jua bahagian tubuh dari haiwan sembelihan tidak boleh dibuat jual beli kembali atau bahan untuk urusniaga)
3) Menghias Rumah
4) Menziarahi keluarga dan sahabat taulan
5) Mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian
5) Jamuan Makan dan lain2

HARI SAMBUTAN

Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.


Ok cukup kot info ni, dikesempatan ini sy dn keluarga ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha dan semoga apa yg kita korbankan diberkati Allah S.W.T. (sume org taukan dgn berkorban @ sedekah ianya tak sedikit pun mengurangkan harta tapi menambahkan lg rezeki kt ,klu tak didunia in syaa allah di akhirat)

Salam AidilAdha...


Jumpa lagi di next entry

STAY TUNE

No comments:

Post a Comment