JellyPages.com

Wednesday 30 April 2014

JOM BELAJAR BACA AL-QURAN

Assalamualaikum...

Kali ni saya nak kongsi maklumat tentang website yang boleh bantu kita melancarkan bacaan Al-quran, website ni ada semua surah dalam Al-quran, type jer surah apa kita nak baca dan yang paling best dia ada sertakan bacaan dalam bahasa rumi dan audio utk cara membacanya...

Dengan teknologi yang ada, tak de alasan lagi utk kt yang kemungkinan dulu tak berkemampuan nak ke sekolah agama untuk belajar jawi & AL-Quran....sebab kemudahan tu dah ada tinggal niat jer nak buat ke tak nak...

Saya doakan semoga pemilik dan individu2 yg terlibat dalam penulisan di website ni sentiasa dirahmati Allah S.W.T. kerana apa yg anda lakukan sgt bermakna utk kita umat islam yang masih cetek dan lemah dalam bacaan AL-Quran....

So apa lagi rajin2lah click website ni.      

Semoga bermanfaat...amin..

Sunday 27 April 2014

Surah Ibrahim ayat 40-41 (berserta rumi) untuk anak & ahli keluarga rajin solat

Assalamualaikum...

Mungkin ramai dah tahu kelebihan Surah Ibrahim ayat 40-41 ni, elok kalau diamalkan untuk anak suka dan rajin solat doa ini juga untuk ahli keluarga/keturunan semoga Allah lembutkan hati mereka untuk tidak lalai dalam mengerjakan solat...

Walaupun baby AQ baru 2 tahun lebih , elok start dari sekarang, jadi bila tiba masanya mudah utk dia mengerjakan solat....

Kat bawah ni  terjemahan dalam bahasa rumi saya ambil dari sini website ni www.quran4theworld.com

Jom sama2 kita buat pahala.....



Thursday 24 April 2014

KELEBIHAN BERZIKIR

Assalamualaikum...

Terkedu dan tergamam...bila melihat gambar seorg ibu muda yg telah meninggal dunia, rasanya cerita ni telah menjadi viral di laman sosial....betapa indahnya wajahnya dan kuburnya juga bercahaya...

Subhanallah...berbahagialah beliau di sana...semoga kt semua boleh amik pengajaran dan iktibar...
Jom amalkan berzikir setiap masa....

Al-fatihah untuk beliau....

untuk cerita lanjut klik lah link ni...asriblog.blogspot )

Tuesday 25 March 2014

HIKMAH DI SEBALIK TRAGEDY MH 370 - PART1

Salam untuk semua,

Seperti kita tau pada tarikh 8 MAC 2014 - Negara kita digemparkan dengan kehilangan pesawat MALAYSIAN AIRLINES MH 370 (DESTINASI DARI KLIA KE BEIJING)...Pesawat malang ni telah menerbangkan 239 penumpang dan termasuk anak kapal...

Kini kehilangannya telah masuk minggu ke - 2....

Kehilanganya juga menjadi "Persoalan" dan "Misteri" yang tidak dapat dirungkai apa sebenarya yg berlaku yang ada hanya andaian, spekulasi serta teori agakan manusia sahaja yang terdapat dalam pelbagai version..seolah2 mereka mempunyai teropong ajaib ciptaan mereka....dan ada juga version politik diselitkan dan menyedihkan dijadikan bahan jenaka untuk hiburan mereka....Di mana keperihatinan kt sbg manusia sesama manusia???

Peristiwa ini adalah yg ke 2 berlaku di negara kita, tetapi pertama kali saya merasai impaknya, sebab peristiwa pertama mungkin ada yang belum dilahirkan atau masih kecil untuk memahami apa yg berlaku saat itu...saya rasa ramai juga insan2 seperti saya yang pertama kali merasainya....

Setiap hari kita menunggu dan tertanya-tanya apa perkembangannya, dah jumpa ke belum, dan ada yg mempersoalkan kenapa lambat beri maklumat, buat kerja ke tak, dan ada yang menyalahkan kerajaan kerana lambat bertindak, lembap dan bla..bla...bla............................

Tapi sedarkah kita daripada aspek apa kita menyalahkan mereka2 ni iaitu pihak berkuasa yang terlibat dalam team SAR ni (Search & Rescue) jika kita dalam kategori:

a) Hanya duduk depan tv, baca suratkhabar
b) Menjadi Key board warrior
c) Pergi keje duduk dalam air cond, lunch g makan, dan boleh balik ke rumah
d) Tidur dengan selesa
e) Esok pagi ulang benda yg sama (start dari A )

Tetapi taukah kita pengorbanan dan cabaran yang dilalui oleh Team SAR ni:

a) Mereka tinggalkan isteri, anak dan keluarga...
b) Selesakah tempat tidur mereka macam kita....
c) Lenakah tidur mereka seperti kita...
d) Tekanan kerja bertubi2
e) Mereka juga mempertarungkan nyawa mereka...

Kita tdk berada di tempat mereka jauh sekali melihat cara mereka melaksanakan misi SAR ni...dek kerana itu adilkah kita mempersoalkan dan menjatuhkan kredibiliti kerja mereka....Adilkah kita pada mereka....

Inikah ganjaran yang selayaknya utk mereka dgn melontarkan kata2 tohmahan...sedangkan mereka sehabis usaha mencuba mencari sedangkan kita bercakap sambil goyang kaki dengan minum teh o ais....

Panjang lak part 1 ni....baca dulu part 1....nnt tunggu part 2 lak...

Doa utk penumpang & anak kapal MH 370....


Sunday 16 March 2014

DEODORAN BUKAN PUNCA KANSER???

Salam sume....

Mesti dulu kita ada dengaq pasal ada org kata (oranglah kata takkan bkn orang pulak kan..kan...) deodoran  ada lah penyebab kanser sebab dia yer kandungan dalam deodoran tu akan beri effect ke breast sebab kita apply dia kat bawah lengan dan bawah lengan tu lak berdekatan dgn breast dan dari serapan cecair deodoran itu akan mengalir ke saraf breast....

Terutamanya kesannya akan jatuh kpd org yg kerap gunakannya dan juga jenis tak mandi lepas balik keje....
agak2nya betul ke auto ( auto wat per autalah )...

Jawapan yang sy jumpa adalah ianya adalah "AUTA"...sila baca info yg sy dpt dari paper METRO...


Ok sekian utk makluman bersama2...... :-)

Monday 23 December 2013

Baby best ke Botol Tommee Tippee ni....

Salam sahabat yang dikasihi,

My first entry in december 2013 but at the end of the month...

Lama x update kes busy memanjang & melonjong....sume pasal ISO.... ISO skrg dah half done just wait external audit lak...pastu baru betul2 done....

Tajuk kita kali ini botol susu...sebab apa botol susu...janganlah ditanya...sebab..... baca jerlah hihihi....

Dari baby AQ (nickname Aliff Qayyum) umur sehari hinggalah setahun 11 bln size botol x pernah tukar...size kecil ni jer...yg selalu tukar puting susu dari size small,medium sampai fast flow...

Sebab apa ibu AQ x tukar botol yg besar sikit...baby AQkan dah besar....sebab ibu AQ perasan dia minum susu kadang2 byk kadang2 sikit tp byk buang kat singki dari telan...tu x pernah pikir nk beli botol besar..ok tak jawapan ni...

Asyik pakai botol sama jer, so ayahnya cadang nak tukar botol, saja jer nak tukar brand lain tp hasilnya dia reject langsung x mau minum susu sebab apa AQ reject ek...dia kata size puting susu x sama yg ni size dia lonjong jer klu yg tommee tippee size n bentuk puting dia lebar sedikit disitu...amboi pandai ek skrg...so botol baru tu nak wat aper, alah ibu kt wat hiasan jer....

Dengan berbesar hati ayahnya pun belilah botol tommee tippee tu tp amik size botol besar sikitlah..bila tgk lubang puting besarnya...sy kt lebih besar lagi bagus cpt sikit habis minum...masa nk bg takut2 nk tunggu apa reactionsnya suka ke, ok ke ...tunggu jerlah...tp alhamdulillah sejak tu dia minum susu blh tahan byk yer....

The moral of story yg syg nak share gan parents berdasarkan pengalaman saya:

1) Jgn sesekali give up klu anak kurang minum susu, pegang formula ni semakin membesar seseorg bayi, semakin meningkat kuantiti susu mereka...
2) Check size puting susu, mungkin sizenya tak sesuai, perlu tukar ikut pembesaran terutamanya setahun ke atas..kerana salah size pun ada effect juga sebab size lubang puting kecil tu dia penat nak hisap...last2 dia tinggal tepi jer...
3) Jgn stopkan anak minum susu di usia awal setahun dua sbb fikir dia krg minum susu so dia dah x nak susu...sy hampir fikir macam tu...nasib baik ayah dia x fikir macam ibu dia...klu tdk x de lah kalsium kat AQ..
4) Pilih botol susu yg size puting yer standard senang klu anda nk tukar2 brand botol..tommee tippee rekabentuknya mcm breast ibu lebar sizenya..klu sy bagi puting lain, dengan puting2 dia telan masuk mulut..
5) Last sekali klu biasa bancuh susu guna air suam, buat suam, kalau tiba2 kt bancuh dgn air x suam, memanglah taklah dia minum...

Mungkin lain baby lain ragamnya...kot2 lah klu ada persamaan dgn baby sy jd cubalah guna tips ni...


Ni lah botol kesayangan AQ..




Saturday 23 November 2013

INTERNAL AUDIT DONE!!!!

Salam sahabat sume,

Alhamdulillah lepas dah INTERNAL AUDIT, now just to compile Audit checklist + Records then report of the AUDIT RESULT.. This is the 3rd times my company did for INTERNAL AUDIT...Even though INTERNAL AUDIT done but still can't relax yet because next 3 weeks need to face MANAGEMENT REVIEW MEETING pulak.....

Kan saya dah cakap Internal Audit ni best (imagine gaya cakap mcm tiz zaqyah dlm iklan nescafe hehe) because to have a good quality management system , we need MR ISO, because this MR ISO will help us...how's MR ISO can help us...well he will became your personal "PAK GUARD" or " EYES & EAR" to kantoi you kat depan boss then x pasal2 your Miss Sweet BONUS ada effect....  u got what i mean...So before Internal Audit semua staff akan really2 check their files,records, forms and so on....in order to ensure everything is accurate, detail & up to date...

In case the auditor found any non-conformance jaga2 coz you will get love letter from them...and this love letter will be discussed during meeting...so this "PAK GUARD" telah kantoikan you depan bos and your colleague...(x dapat den nak tolong)...

 OK, see u in my next entry...

Stay Tune...