JellyPages.com

Tuesday 25 March 2014

HIKMAH DI SEBALIK TRAGEDY MH 370 - PART1

Salam untuk semua,

Seperti kita tau pada tarikh 8 MAC 2014 - Negara kita digemparkan dengan kehilangan pesawat MALAYSIAN AIRLINES MH 370 (DESTINASI DARI KLIA KE BEIJING)...Pesawat malang ni telah menerbangkan 239 penumpang dan termasuk anak kapal...

Kini kehilangannya telah masuk minggu ke - 2....

Kehilanganya juga menjadi "Persoalan" dan "Misteri" yang tidak dapat dirungkai apa sebenarya yg berlaku yang ada hanya andaian, spekulasi serta teori agakan manusia sahaja yang terdapat dalam pelbagai version..seolah2 mereka mempunyai teropong ajaib ciptaan mereka....dan ada juga version politik diselitkan dan menyedihkan dijadikan bahan jenaka untuk hiburan mereka....Di mana keperihatinan kt sbg manusia sesama manusia???

Peristiwa ini adalah yg ke 2 berlaku di negara kita, tetapi pertama kali saya merasai impaknya, sebab peristiwa pertama mungkin ada yang belum dilahirkan atau masih kecil untuk memahami apa yg berlaku saat itu...saya rasa ramai juga insan2 seperti saya yang pertama kali merasainya....

Setiap hari kita menunggu dan tertanya-tanya apa perkembangannya, dah jumpa ke belum, dan ada yg mempersoalkan kenapa lambat beri maklumat, buat kerja ke tak, dan ada yang menyalahkan kerajaan kerana lambat bertindak, lembap dan bla..bla...bla............................

Tapi sedarkah kita daripada aspek apa kita menyalahkan mereka2 ni iaitu pihak berkuasa yang terlibat dalam team SAR ni (Search & Rescue) jika kita dalam kategori:

a) Hanya duduk depan tv, baca suratkhabar
b) Menjadi Key board warrior
c) Pergi keje duduk dalam air cond, lunch g makan, dan boleh balik ke rumah
d) Tidur dengan selesa
e) Esok pagi ulang benda yg sama (start dari A )

Tetapi taukah kita pengorbanan dan cabaran yang dilalui oleh Team SAR ni:

a) Mereka tinggalkan isteri, anak dan keluarga...
b) Selesakah tempat tidur mereka macam kita....
c) Lenakah tidur mereka seperti kita...
d) Tekanan kerja bertubi2
e) Mereka juga mempertarungkan nyawa mereka...

Kita tdk berada di tempat mereka jauh sekali melihat cara mereka melaksanakan misi SAR ni...dek kerana itu adilkah kita mempersoalkan dan menjatuhkan kredibiliti kerja mereka....Adilkah kita pada mereka....

Inikah ganjaran yang selayaknya utk mereka dgn melontarkan kata2 tohmahan...sedangkan mereka sehabis usaha mencuba mencari sedangkan kita bercakap sambil goyang kaki dengan minum teh o ais....

Panjang lak part 1 ni....baca dulu part 1....nnt tunggu part 2 lak...

Doa utk penumpang & anak kapal MH 370....


No comments:

Post a Comment