JellyPages.com

Wednesday 30 April 2014

JOM BELAJAR BACA AL-QURAN

Assalamualaikum...

Kali ni saya nak kongsi maklumat tentang website yang boleh bantu kita melancarkan bacaan Al-quran, website ni ada semua surah dalam Al-quran, type jer surah apa kita nak baca dan yang paling best dia ada sertakan bacaan dalam bahasa rumi dan audio utk cara membacanya...

Dengan teknologi yang ada, tak de alasan lagi utk kt yang kemungkinan dulu tak berkemampuan nak ke sekolah agama untuk belajar jawi & AL-Quran....sebab kemudahan tu dah ada tinggal niat jer nak buat ke tak nak...

Saya doakan semoga pemilik dan individu2 yg terlibat dalam penulisan di website ni sentiasa dirahmati Allah S.W.T. kerana apa yg anda lakukan sgt bermakna utk kita umat islam yang masih cetek dan lemah dalam bacaan AL-Quran....

So apa lagi rajin2lah click website ni.      

Semoga bermanfaat...amin..

Sunday 27 April 2014

Surah Ibrahim ayat 40-41 (berserta rumi) untuk anak & ahli keluarga rajin solat

Assalamualaikum...

Mungkin ramai dah tahu kelebihan Surah Ibrahim ayat 40-41 ni, elok kalau diamalkan untuk anak suka dan rajin solat doa ini juga untuk ahli keluarga/keturunan semoga Allah lembutkan hati mereka untuk tidak lalai dalam mengerjakan solat...

Walaupun baby AQ baru 2 tahun lebih , elok start dari sekarang, jadi bila tiba masanya mudah utk dia mengerjakan solat....

Kat bawah ni  terjemahan dalam bahasa rumi saya ambil dari sini website ni www.quran4theworld.com

Jom sama2 kita buat pahala.....



Thursday 24 April 2014

KELEBIHAN BERZIKIR

Assalamualaikum...

Terkedu dan tergamam...bila melihat gambar seorg ibu muda yg telah meninggal dunia, rasanya cerita ni telah menjadi viral di laman sosial....betapa indahnya wajahnya dan kuburnya juga bercahaya...

Subhanallah...berbahagialah beliau di sana...semoga kt semua boleh amik pengajaran dan iktibar...
Jom amalkan berzikir setiap masa....

Al-fatihah untuk beliau....

untuk cerita lanjut klik lah link ni...asriblog.blogspot )

Tuesday 25 March 2014

HIKMAH DI SEBALIK TRAGEDY MH 370 - PART1

Salam untuk semua,

Seperti kita tau pada tarikh 8 MAC 2014 - Negara kita digemparkan dengan kehilangan pesawat MALAYSIAN AIRLINES MH 370 (DESTINASI DARI KLIA KE BEIJING)...Pesawat malang ni telah menerbangkan 239 penumpang dan termasuk anak kapal...

Kini kehilangannya telah masuk minggu ke - 2....

Kehilanganya juga menjadi "Persoalan" dan "Misteri" yang tidak dapat dirungkai apa sebenarya yg berlaku yang ada hanya andaian, spekulasi serta teori agakan manusia sahaja yang terdapat dalam pelbagai version..seolah2 mereka mempunyai teropong ajaib ciptaan mereka....dan ada juga version politik diselitkan dan menyedihkan dijadikan bahan jenaka untuk hiburan mereka....Di mana keperihatinan kt sbg manusia sesama manusia???

Peristiwa ini adalah yg ke 2 berlaku di negara kita, tetapi pertama kali saya merasai impaknya, sebab peristiwa pertama mungkin ada yang belum dilahirkan atau masih kecil untuk memahami apa yg berlaku saat itu...saya rasa ramai juga insan2 seperti saya yang pertama kali merasainya....

Setiap hari kita menunggu dan tertanya-tanya apa perkembangannya, dah jumpa ke belum, dan ada yg mempersoalkan kenapa lambat beri maklumat, buat kerja ke tak, dan ada yang menyalahkan kerajaan kerana lambat bertindak, lembap dan bla..bla...bla............................

Tapi sedarkah kita daripada aspek apa kita menyalahkan mereka2 ni iaitu pihak berkuasa yang terlibat dalam team SAR ni (Search & Rescue) jika kita dalam kategori:

a) Hanya duduk depan tv, baca suratkhabar
b) Menjadi Key board warrior
c) Pergi keje duduk dalam air cond, lunch g makan, dan boleh balik ke rumah
d) Tidur dengan selesa
e) Esok pagi ulang benda yg sama (start dari A )

Tetapi taukah kita pengorbanan dan cabaran yang dilalui oleh Team SAR ni:

a) Mereka tinggalkan isteri, anak dan keluarga...
b) Selesakah tempat tidur mereka macam kita....
c) Lenakah tidur mereka seperti kita...
d) Tekanan kerja bertubi2
e) Mereka juga mempertarungkan nyawa mereka...

Kita tdk berada di tempat mereka jauh sekali melihat cara mereka melaksanakan misi SAR ni...dek kerana itu adilkah kita mempersoalkan dan menjatuhkan kredibiliti kerja mereka....Adilkah kita pada mereka....

Inikah ganjaran yang selayaknya utk mereka dgn melontarkan kata2 tohmahan...sedangkan mereka sehabis usaha mencuba mencari sedangkan kita bercakap sambil goyang kaki dengan minum teh o ais....

Panjang lak part 1 ni....baca dulu part 1....nnt tunggu part 2 lak...

Doa utk penumpang & anak kapal MH 370....


Sunday 16 March 2014

DEODORAN BUKAN PUNCA KANSER???

Salam sume....

Mesti dulu kita ada dengaq pasal ada org kata (oranglah kata takkan bkn orang pulak kan..kan...) deodoran  ada lah penyebab kanser sebab dia yer kandungan dalam deodoran tu akan beri effect ke breast sebab kita apply dia kat bawah lengan dan bawah lengan tu lak berdekatan dgn breast dan dari serapan cecair deodoran itu akan mengalir ke saraf breast....

Terutamanya kesannya akan jatuh kpd org yg kerap gunakannya dan juga jenis tak mandi lepas balik keje....
agak2nya betul ke auto ( auto wat per autalah )...

Jawapan yang sy jumpa adalah ianya adalah "AUTA"...sila baca info yg sy dpt dari paper METRO...


Ok sekian utk makluman bersama2...... :-)